Perak Hari Ini

Lori Treler Bawa Muatan Kabel Eletrik Terbakar

SLIM RIVER: Sebuah lori treler yang membawa muatan kabel eletrik hampir musnah 70 peratus dalam satu kebakaran yang berlaku di Kilometer 369.1 Lebuhraya PLUS menghala ke arah utara pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba Dan Penyelamat negeri, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 1.20 pagi tadi.

Tambah sumber, lori treler berkenaan musnah di bahagian belakang kenderaan dan barangan yang dibawanya juga musnah dalam kejadian tersebut.

Namun bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan.

IMG-20151016-WA0004

“Pihak anggota bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran air daripada sumber tangki air jentera sehingga api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Turut membantu Balai Bomba Dan Penyelamat bahagian Bidor dan operasi tamat sekitar jam 3.10 pagi tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Aladdin Mohd Adam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");