Berita Hari Ini

Malaysia hos Sidang Kemuncak Asean ke-27 Nov ini

PUTRAJAYA – Malaysia menjadi hos Mesyuarat Persediaan Bersama (JPM) dan mesyuarat berkaitan mulai semalam hingga Jumaat ini di Kuala Lumpur sebagai persediaan bagi Sidang Kemuncak Asean ke-27 pada November.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Mesyuarat Pegawai Kanan Asean (SOM), mesyuarat Kumpulan Kerja Majlis Penyelarasan Asean ke-6 mengenai Visi Komuniti Asean Pasca 2015, dan mesyuarat persediaan yang lain masing-masing diadakan mulai esok sehingga Jumaat.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat-mesyuarat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, JPM dan mesyuarat berkaitan akan memberikan peluang kepada negara anggota Asean membincangkan pembinaan komuniti dan juga Visi Komuniti Asean pasca 2015.

JPM sedang membuat persiapan bagi Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang kemuncak Berkaitan yang akan diadakan mulai 18 hingga 22 November di Kuala Lumpur.

“Selain itu, mesyuarat berkenaan akan menjadi wadah bagi bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu kepentingan bersama ke arah mengukuhkan Asean,” kata kenyataan itu.

JPM akan melibatkan penyertaan para pegawai kanan dari ketiga-tiga tunggak komuniti Asean iaitu Pemimpin SOM Asean, Pemimpin Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi Asean (SEOM) dan Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Pemimpin Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio Budaya Asean (SOCA), kata kenyataan itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");