Jenayah

Maut dilanggar lari

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut dalam satu kejadian langgar lari melibatkan sebuah kenderaan di Jalan Sungai Lembu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa, Tan Cheng Liang, 38, dipercayai menunggang motosikal dari arah Machang Bubok menghala ke Lunas.

Menurut sumber, ketika mangsa tiba di tempat kejadian, motosikal dinaikinya dipercayai telah bergesel dengan sebuah kenderaan yang juga datang dari arah sama.

“Akibat pergeselan itu mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya menyebabkan dia terbabas.

“Mangsa mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, pihak polis berharap agar orang ramai yang melihat kejadian dapat menyalurkan maklumat berkaitan di mana-mana balai berhampiran.

Saksi kemalangan dan waris mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Seberang Perai Tengah, Inspektor Mohd Fadzil Naim di talian 04-5301977 atau 019-5551247 untuk membantu siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");