Jenayah

Mayat ditemui terdampar

KEMAMAN: Mekanik yang lemas ketika mandi akhirnya dijumpai pada jam 9 malam semalam selepas setengah jam ibu mangsa mencurahkan air solat hajat ke kawasan mangsa dilihat tenggelam dalam kejadian berdekatan Jeti Star Cruise Pantai Meraga Beris, Kijal.

Mayat Mohammad Amirul Ilham Mohd Kesil, 22, Kampung Perdana 2, Paka ditemui terdampar di tepi pantai dalam jarak kira-kira 50 meter dari lokasinya lemas.

Solat hajat melibatkan seramai lebih 20 penduduk dan pasukan penyelamat dilakukan di kawasan itu selepas Solat Maghrib dan bersambung selepas Solat Isyak.

Ikhtiar itu dilakukan keluarga mangsa selepas kerja-kerja pencarian yang dilakukan pasukan penyelamat masih belum menemui sebarang pertunjuk walaupun sudah melebihi tempoh 24 jam mangsa lemas.

Ibu mangsa, Romenor Abd Rahman, 44, berkata, dia reda dengan ujian besar pemergian dan kehilangan anak keduanya itu.

“Sebelum keluar berkelah hari tu, yang terucap dari mulutnya ‘Mok kita nak g doh ni’. Banyak kali dia ulang ayat tu, makcik tak sangka rupa-rupanya dia pergi tak balik-balik.

“Patutlah seminggu kebelakangan ini arwah kuat termenung, malah sejak seminggu ini juga arwah setiap hari balik kerja lambat,” katanya.

Kata ibu tiga anak berkenaan, kebiasaannya anaknya itu pulang ke rumah pada jam 8 malam tapi sejak akhir-akhir ini arwah balik sekitar jam 12.30 tengah malam dan ke atas.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang berkelah bersama sekumpulan rakannya di pantai itu lemas apabila ditarik ombak ketika sedang mandi dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masuk hari kedua kelmarin disertai seramai 18 pegawai dan anggota Rescue Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman serta 12 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh dan Chukai.

Selain itu, operasi juga diperkuatkan lagi dengan penglibatan masing-masing seramai sembilan anggota Polis Marin Wilayah 3 dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pengkalan Maritim Kemaman dan enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman.

Suasana di kawasan pantai yang dipenuhi orang ramai berubah riuh seketika kira-kira jam 4.30 petang iaitu tempoh mayat mangsa dijangka timbul apabila pasukan penyelamat melihat objek terapung yang disangkakan baju mangsa namun apabila didekati ia rupa ia adalah beg plastik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");