Sukan Hari Ini

McIlroy mulakan aksi PGA AS

Napa, AS: Pemain ranking ketiga dunia Rory McIlroy (gambar) yang masih mendahului Race to Dubai dalam Jelajah Eropah dengan berbaki enam minggu dalam saingan itu, memulakan usahanya mengungguli Jelajah PGA AS 2015-16, semalam.

Musim baru jelajah golf Amerika bermula hanya 18 hari selepas Kejohanan Jelajah berakhir ketika McIlroy, juara empat kejuaraan utama dan pemain ranking ketujuh dari England, Justin Rose, pemenang Terbuka AS 2013, mendahului senarai pemain ternama pada Terbuka Frys.com.

“Saya gembira berada di sini untuk memulakan kejohanan,” kata McIlroy semalam. “Sebelum ini apabila saya tampil pada Jelajah PGA pada Februari, mereka sudah bermain lapan atau 10 kejohanan dan saya terpaksa mengejar. Saya mahu memulakan musim dengan baik.”

Ramai pencabar utama McIlroy berehat ketika ini. Bintang AS, Jordan Spieth menjuarai Masters dan Terbuka AS selain Kejohanan Jelajah serta bonus kejohanan playoff PGA AS sekali gus menghuni tangga nombor satu dunia bulan lalu manakala pemain Australia, Jason Day, yang meraih kejuaraan utama sulung pada Kejohanan PGA Ogos lalu, di tangga kedua. Kedua-duanya perlu menanti sebelum memulakan kempen 2015-16.

“Jika anda lihat sepanjang 12 bulan lalu, mereka menang lebih banyak berbanding saya, lebih banyak kejuaraan utama,” ujar McIlroy.

“Saya mahu menang kejohanan sekali lagi. Melihat mereka mengungguli kejuaraan utama, melakukan sesuatu yang saya capai sebelum ini dan mahu melakukannya sekali lagi, ia memberikan saya motivasi.” – AFP

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");