Jenayah

Melecur separuh badan dilontar kain berapi

Georgetown: Lelaki berusia 56 tahun melecur separuh badan selepas seorang lelaki melontar kain bercampur petrol yang dibakar ke arahnya ketika dia di dalam tandas pusat membeli-belah Perangin Mall, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 10 malam, mangsa Ayob Sudin, 56, dibantu orang ramai yang melihat kejadian itu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Shah Irwan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.08 malam dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Mangsa dibantu orang ramai yang menggunakan alat pemadam api dan dia melecur 40 peratus di badan.

“Hasil siasatan awal mendapati ada seorang lelaki melontar kain terbabit ketika mangsa berada dalam tandas berkenaan,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85461#sthash.afELDfa2.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");