Berita Hari Ini

MIER jangka KDNK 4.9 peratus pada 2015

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sederhana kepada 4.9 peratus pada tahun ini dan meningkat sederhana antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus pada 2016.

Pengarah Eksekutif, Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata pertumbuhan KDNK pada tahun ini didorong oleh perbelanjaan sektor swasta, merangkumi penggunaan dan pelaburan.
“Pemulihan pasaran global dan harga minyak akan menjadi pemacu pertumbuhan Malaysia ke paras tersebut,” katanya.

Eksport bersih pada tahun ini dijangka rendah berbanding tahun lalu, susut 6.8 peratus, diselubungi oleh pertumbuhan eksport yang perlahan dan pertumbuhan import barangan dan perkhidmatan yang mapan.

Beliau berkata agregat permintaan domestik, terdiri daripada penggunaan awam dan swasta, dijangka sederhana sedikit, disokong oleh peningkatan yang sederhana dalam penggunaan awam, berikutan langkah pengurangan kos di bawah semakan semula Bajet 2015.

Katanya, unjuran MIER bagi pertumbuhan KDNK 2016 antara 5.5 dan 6.0 peratus, boleh dicapai jika eksport meningkat dengan ketara manakala harga minyak mentah pulih.

“Unjuran pertumbuhan kekal mapan, terutama dengan jurang pengeluaran mengecil kepada kira-kira sifar, manakala inflasi harga pengguna dijangka naik sedikit kepada 3.0 peratus berbanding inflasi yang agak rendah dianggarkan untuk tahun ini pada 2.5 peratus,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");