Isu Panas

Minggu Depan Parlimen Akan ‘Panas’, Tapi Kami Sudah Bersedia – TPM

BAKUN: Menteri kabinet dan Barisan Nasional sudah bersedia untuk berdepan dengan ‘kehangatan’ sesi Parlimen yang akan bermula Isnin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Ahmad Zahid berkata kerajaan menjangkakan pembangkang akan memainkan isu-isu semasa yang panas seperti 1Malaysia Development Bhd.

“Kita tahu mereka (pembangkang) akan mengambil beberapa isu bagi meningkatkan kontroversi.

“Kita sudah bersedia untuk memberi jawapan kepada mereka dan berharap mereka bersedia menerima jawapan kita.

“Bagaimanapun mereka sudah tentu tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana mereka adalah pembangkang,” katanya kepada pemberita semasa melawat Empangan Bakun di tengah Sarawak.

Dr Ahmad Zahid turut melancarkan pembinaan jalan dari Mejaweh ke Belaga dan merasmikan pembukaan SMK Bakun.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");