Berita Hari Ini

Mohd Arif KSU baharu KKLW

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dilantik sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ibrahim Muhamad yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, kelayakan pengalaman dan kredibiliti yang dimilik Mohd Arif akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Ini selaras dengan misi kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Mohd Arif, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.

Selain itu, antara jawatan yang pernah disandang termasuk Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Subang Jaya dan Pegawai Daerah Sepang.

Dalam pada itu, Ali bagi pihak kerajaan Persekutuan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ibrahim atas segala sumbangan dan bakti beliau kepada perkhidmatan awam serta negara selama lebih 36 tahun berkhidmat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");