Sukan Hari Ini

Moyes Tolak Tawaran Sunderland

BEKAS pengurus Manchester United, David Moyes menolak tawaran Sunderland untuk membimbing skuad yang ditinggalkan Dick Advocaat Ahad lalu.

Sunderland dilaporkan menghubungi Moyes, tetapi pengurus Real Sociedad itu menolak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Selain Moyes, pengendali Burnley, Sean Dyche serta Sam Allardyce (West Ham) turut tidak berminat mengambil alih posisi yang ditinggalkan Advocaat itu.

Penolakan beberapa tawaran tersebut menjadikan The Black Cats berada dalam situasi lebih sukar, dengan kedudukan kedua terakhir liga perdana.

“Skuad kami belum cukup bagus sepenuhnya. Pihak kelab sedar kami perlu mengukuhkan pasukan namun pengerusi tidak pernah memberitahu jumlah yang boleh dibelanjakan.

“Saya menjadi negatif dan bukan menjadi diri sendiri,” jelas Advocaat sebelum meninggalkan kelab yang dipegang bermula 17 Mac lalu.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");