Perak Hari Ini

MPT Sasar Peningkatan Jumlah Pemandu Pelancong Berlesen

KUALA SEPETANG: Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mensasarkan peningkatan jumlah pemandu pelancong yang memiliki lesen ‘green badge’ (lencana hijau) di kawasan Bandaraya tersebut menerusi Kursus  Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat.

Menurut Yang Dipertua MPT, Datuk Abd Rahim Md Ariff  program tersebut berupaya meningkatkan lagi jumlah pemandu pelancong yang memiliki ‘green badge’ (lencana hijau) yang berfokuskan kepada pelancongan alam semula jadi.

PERAK TODAY 4-1

 

“Kita ingin banyakkan pemandu pelancong yang berlesen di kawasan Taiping. Hal ini kerana, di Daerah Larut Matang dan Selama kita mempunyaj banyak produk eko pelancongan.

“Sebelum ini di kawasan Taiping kita mempunyai lebih kurang dua atau tiga orang pemandu pelancong berlesen, jadi apabila mereka mendapat lesen, mereka sudah boleh mempromosikan diri mereka kepada para pelancong,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Terdahulu beliau turut menyampaikan sijil tamat kursus kepada 27 peserta Kursus  Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat (Tahap II) 2015 berlangsung di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, di sini.

Seramai 27 orang peserta berjaya menamatkan  krusus selama 17 hari  yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Jabatan PERHILITAN, Jabatan Hutan dan Kementerian Pelancongan.

Menurut peserta Lelaki Terbaik, Abu Bakar Mat Saad 41, melalui kursus ini, semua peserta dapat menimba ilmu berkaitan pelancongan daripada pakar-pakar dalam industri tersebut.

PERAK TODAY 3-1

“Sepanjang kursus 18 hari ini, kita telah mendapat latihan secara terus daripada pakar-pakar industri seperti pensyarah, pegawai-pegawai daripada Jabatan Hutan, PERHILITAN, Kementerian Pelancongan dan bermacam lagi.

“Program sebegini sangat bagus kerana kita yang berada di barisan hadapan memainkan peranan penting bagi menunjukkan imej yang baik kepada pelancong,”katanya ketika ditemui selepas majlis penutup kursus tersebut.

Beliau yang juga merupakan kakitangan di Jabatan Unit Pelancongan Eko Pelajaran Kuala Sepetang, di sini turut memberitahu bahawa Jabatan Hutan telah menghantar dua orang bagi mengikuti kursus tersebut.

Tambahnya lagi, sebelum ini, kakitangan di unit tersebut tidak mempungai lesen bagi membawa pelancong yang datang.

“Justeru, jika saya lulus ujian ini nanti, secara tidak langsung saya akan dapat menaikkan imej Jabatan Unit Pelancongan Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

“Saya harap di masa akan datang, program sebegini dapat diadakan lagi dan mendapat penyertaan dari orang awam. Ini kerana, ada yang tidak mendapat pendedahan secara formal untuk menjadi barisan hadapan dalam industri ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");