Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Calon Paling Layak Ganti Najib-Tun M

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon paling layak untuk mengalas jawatan selaku Perdana Menteri seterusnya menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau berkata demikian menerusi wawancara bersama majalah antarabangsa, The Diplomat.

Ujarnya lagi,Muhyiddin yang juga merangkap Timbalan Presiden UMNO dirasakan layak berikutan beliau memiliki ciri-ciri yang bersesuai untuk menerajui negara.

“Pemimpin yang kita perlu ada ialah yang berkeupayaan memberi fokus kepada apa yang baik untuk negara bukan fokus kepada diri sendiri.

“Sekarang saya dapati tidak semua boleh menjadi pemimpin. Kita memerlukan seseorang yang berdedikasi untuk melakukan sesuatu kepada negara,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa bahawa ekonomi negara terutama nilai Ringgit dan keyakinan pelabur asing akan kembali pulih sekiranya Najib sedia untuk berundur.

“Malaysia perlu membayar hutang dalam bentuk mata wang asing termasuk Dollar Amerika Syarikat. Kita perlukan lebih Ringgit dan untuk membuat lebih Ringgit kita perlukan ekonomi yang baik tetapi kita ekonomi kita baik, tidak berkembang dengan pantas, kita bukan semakin kaya tetapi semakin miskin,” katanya.

Sementara itu beliau turut menyifatkan bahawa perhimpunan Baju Merah yang diadakan baru-baru ini telah mencetuskan isu perkauman dan dakwanya lagi ianya dianjurkan oleh kerajaan pemerintah untuk mengalih isu Bersih dan 1MDB .

“Kerajaan menjadikan Perhimpunan Bersih sebagai isu perkauman, Cina menentang Melayu yang sebenarnya tidak berlaku. Mereka terpaksa mengalih isu tuntutan Bersih dan 1MDB dengan mencipta isu perkauman.

“Perbuatan ini sangat bahaya tetapi kerajaan mahu rakyat terus menyokong mereka,” katanya.

Tambahnya lagi,biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi mengalih pandangan dengan mencetuskan isu perkauman namun rakyat Malaysia sangat bertoleransi dan baik walaupun wujud jurang perbezaan ekonomi antara kaum kini.

“Di sesetengah negara, perbezaan kaum dan budaya serta jurang ekonomi boleh menimbulkan keganasan. Tetapi di negara ini, walaupun terdapat ketegangan kaum tetapi tidak membawa kepada keganasan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");