Panasnya Hari Ini

Muhyiddin ‘Disingkirkan’ Jawatan Secara Diam

KUALA LUMPUR: Selepas disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada rombakan kabinet pada Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya masih mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Walaupun begitu, jawatan itu dilihat sebagai semakin lama semakin ‘dilucutkan’ jawatannya dari parti keramat orang Melayu itu.

Memetik laporan MalaysiaKini, spekulasi itu diperkukuhkan lagi menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menerusi surat tersebut, anggota bahagian perancangan strategi parti akan menghadiri satu mesyuarat yang akan diadakan Ahad ini.

Anggota perancangan parti tersebut dikenali sebagai Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC).

Surat itu turut menunjukkan bahawa mesyuarat yang akan diadakan di ibu pejabat UMNO itu akan dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

694f80b9440eb3c8f883b4332dd9b2c2

Namun begitu, surat itu tidak memaklumkan sama ada penggantian itu hanya untuk mesyuarat tersebut atau berterusan.

Memetik laporan MalaysiaKini lagi, walaupun Muhyiddin telah menyatakan kesetiaanya kepada UMNO meskipun selepas disingkirkan oleh Kabinet, perubahan tugas bagi mempengerusikan mesyuarat itu ternyata satu kejutan.

“Bagaimana Ahmad Zahid sebagai Naib Presiden boleh menggantikan Muhyiddin yang kini masih Timbalan Presiden,” kata sumber kepada MalaysiaKini.

Muhyiddin antara Menteri yang disingkirkan dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai lalu.

Beliau disingkirkan selepas lantang mengkritik Najib berikutan isu pengurusan 1Malaysia Development Berhad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");