Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Mahu Tunjuk UMNO Bebas Bersuara

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan atas dasar keyakinan terhadap isu-isu yang sering disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap negara beliau turut serta dalam sidang media khas pada hari ini.

Memetik sumber Mstar, Timbalan Presiden Umno itu berkata, beliau tampil untuk memperjuangkan kebenaran, hak serta kepentingan rakyat yang dirasakannya merupakan satu perkara yang tidak menjadi kesalahan.

Malah tegasnya ianya juga perlu dilakukan oleh beliau untuk memainkan peranan beliau dalam parti.

“Saya yakin dengan apa yang disebut Tun Dr Mahathir satu perkara benar. Saya berpegang kepada prinsip keadilan walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti, itu tak halang saya untuk menunjukkan perasaan atau pandangan saya tentang hal-hal dalam negara terutama jika ia membabitkan kepentingan rakyat, kebebasan, keadilan, hak dan sebagainya.

“Sebab itu bila Tun ajak saya untuk bersama-sama dalam sidang media ini, saya kira ia adalah satu usaha yang sepatutnya dilakukan iaitu menyuarakan hal yang difikirkan perlu untuk kita memberikan pandangan kepada kepimpinan negara, pihak berkuasa dan kerajaan bahawa apa saja yang hendak dilakukan ia mesti bersandar kepada undang-undang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, penganjuran sidang media khas berkenaan adalah bertujuan mendesak kerajaan supaya menghentikan penyalahgunaan kuasa berikutan penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Selain itu, enam tokoh politik dan negarawan itu juga turut menyentuh tentang isu-isu negara seperti krisis kepimpinan, ekonomi termasuk kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut hadir sama bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dan juga bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, yang turut membuat tuntutan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");