Sukan Hari Ini

Musa hanya mahu import berkualiti

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (Musa) kini dalam proses mengenal pasti pemain berkualiti dari luar negara bagi menyarung jersi Melaka dalam saingan Liga Perdana musim depan, lapor M JEFFRI RAZALI.

Pengurus Melaka, Datuk Yusof Mahadi berkata, kejayaan Melaka ke saingan Liga Perdana musim depan mendapat perhatian beberapa ejen pemain luar negara apabila mereka menyatakan minat membawa masuk pemain import bagi mewakili Melaka.

Menurutnya, sehingga kini, Musa sudah didatangi beberapa ejen pemain dari Australia, Uzbekistan dan negara Amerika Latin seperti Brazil, Argentina serta Colombia.

“Walaupun ramai (ejen) sudah mengadakan pertemuan dengan Musa namun kita tidak akan terburu-buru buat sebarang keputusan kerana kita mahu hanya pemain yang berkualiti wakili Melaka.

“Sehingga kini, ramai ejen pemain sudah menyatakan minat hantar pemain mereka ke Melaka, ini perkembangan positif untuk bola sepak Melaka,” katanya.

Pada masa sama, menurut Yusof yang juga Timbalan Presiden Musa, Ketua Jurulatih Melaka, Mat Zan Mat Aris, kini di Indonesia bagi mencari pemain berkualiti dari republik itu untuk menyarung jersi Melaka.

“Kita sekarang masih dalam proses menilai kesemua pemain,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");