Sukan Hari Ini

Mutardza jagoan trofi SIGC

Seremban: Jerebu melanda tidak menghalang pemain amatur dari Seremban Mutardza Mokhtar untuk mengekalkan kejuaraan Piala Kapten Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) 2015, semalam.

Mutardza mengumpul 75 mata dalam kejohanan menggunakan format menggunakan format stable ford membabitkan 36 lubang secara keseluruhan bagi menewaskan 100 peserta lain, sekali gus membawa pulang trofi kejuaraan dan barangan telekomunikasi bernilai lebih RM1,000.

“Saya tidak menyangka dapat mempertahankan kejuaraan ini biarpun saingan kali ini lebih mencabar dengan cuaca yang kurang baik akibat jerebu.

Biarpun menerima tentangan sengit pencabar lain tapi saya dapat kekalkan rentak sehingga lubang terakhir,” katanya yang bermain handikap lima serta berkecimpung dalam sukan itu lebih 12 tahun lalu.

Tempat kedua milik Faizal Abdullah yang mengumpul 70 mata manakala ketiga Azim Zakaria, 67.

Hadir disampaikan Menteri Besar yang juga Presiden SIGC Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Exco Kerajaan Negeri dan Panglima 1 Briged Datuk Adnan Abu Bakar.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");