Membawang Hari Ini

Nama CL digunakan seorang dermawan

Pengaruh penyanyi anggota 2NE1 iaitu CL sememangnya cukup besar sehinggakan baru-baru ini seorang daripada peminatnya menggunakan nama penyanyi itu untuk menderma kepada mangsa gempa bumi Nepal.

Hal itu didedahkan organisasi Oxfam Korea bahawa seorang lelaki bernama Lee Jung Hyun menderma sebanyak RM92,000 (25 juta Won) dan meletakkannya di bawah nama CL.

Menurut organisasi itu, hasil derma yang diberikan kepada mereka bertujuan untuk meringankan beban mangsa gempa bumi Nepal. Selain itu, organisasi itu mahu membina semula rumah, komuniti dan kemudahan di negara itu.

Lelaki itu mengambil keputusan untuk menyumbangkan derma itu kerana CL sekarang sibuk dengan agenda seninya di Amerika Syarikat. Di samping sangat meminati CL, dia berharap sumbangan itu akan mengembalikan semula kehidupan indah mangsa gempa bumi terbabit.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");