Berita Hari Ini

NGO Bidas Guan Eng Berhubung Internet Berkelajuan Perlahan

KOTA KINABALU: Para pemimpin DAP harus berhenti memutarbelitkan kenyataan dan mengkritik apa sahaja yang dilakukan kerajaan untuk rakyat, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, ketua Media Teens Consumer Group yang berpusat di Sabah, Zeno Abdullah Roben membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana memuterbelitkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang berkata rakyat Malaysia lebih suka kepada internet berkelajuan perlahan.

Zeno berkata ramai orang marah dengan komen Guan Eng yang bersifat kasar dan juga tindakan DAP yang mempolitikkan kenyataan yang dibuat oleh menteri-menteri.

“Kami tahu DAP suka mengkritik kerajaan Barisan Nasional tetapi di Sabah mereka menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat kerana sifat keangkuhan parti itu (DAP),” kata beliau.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");