Sukan Hari Ini

Nicol mara ke suku akhir Terbuka AS

PEMAIN nombor 2 dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2015 yang berlangsung di Daskalakis Athletic Center, Drexel University di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS), Selasa.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.usopensquash.com juara bertahan tiga kali itu berada pada laluan yang baik untuk mempertahankan kejuaraan selepas kalah kepada juara junior dunia, Nouran Gohar pada Terbuka China, September lalu.

Nicol hanya memerlukan 34 minit untuk mengalahkan pemain muda Mesir itu 11-6, 11-7 dan 11-7.

“Beliau seorang pesaing yang kuat dan melakukannya dengan sangat baik sejak beberapa bulan kebelakangan,” kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman sesawang kejohanan.

Kemenangan tersebut membuka pengulangan kepada akhir Terbuka AS 2013 apabila Nicol bakal menentang pemain England, Laura Massaro pada Khamis dan pertembungan tersebut merupakan bukti kehebatan kepada jelajah ini.

“Sangat hebat. Seperti yang boleh dilihat setiap orang memilih permainan mereka. Berdepan dengan Laura di suku akhir merupakan hadiah kepada penonton,” kata Nicol.

Laura menempah tempat di suku akhir dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy 11-8, 7-11, 11-4 dan 11-9 dalam tempoh 49 minit. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");