Perak Hari Ini

Panglima 2 Briged Baharu Hadiri Perbarisan Ulung Panglima 2 Briged

IPOH: Buat kali pertamanya pada hari ini, Panglima 2 Briged yang baharu, Brigedier Jeneral Mas’od Muhammad telah menghadiri Perbarisan Ulung Panglima 2 Briged yang diadakan pada pagi tadi.

Mas’od secara rasminya telah mengambil alih tampuk pemerintahan Markas 2 Briged pada 4 September lalu bagi menggantikan Mejar Jeneral Mohammad Ab Rahman yang bertukar jawatan, Ogos lalu.

Terdahulu, Perbarisan Ulung Panglima 2 Briged tersebut diadakan serentak dengan Hari Ulang Tahun 2 Briged ke-60 yang diadakan di Padang Kawad 2 Briged, di sini, pagi tadi.

PERAKTODAY2

Dalam ucapannya, Mas’od berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengubah segala perancangan yang telah dirancang dan ditekankan oleh mantan Panglima yang lalu.

“Saya tidak berhasrat untuk mengubah segala yang telah dirancang dan ditekankan oleh mantan Panglima semasa perintah ulung beliau yang lalu.

“Adalah tidak bijak bagi saya untuk mengubah sesuatu yang telah dirancang dengan baik,” tegasnya.

PERAKTODAY5

 

 

Justeru itu, tambah beliau lagi, visi dan misi 2 Briged akan dikekalkan sebagai panduan bagi memastikan kelangsungan dan aturgerak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Ucapnya lagi, beliau akan memberi penekanan berkaitan latihan individu dan kolektif diperingkat pasukan.

“Latihan merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan kepada setiap lapisan anggota.

“Menjadi tanggungjawab semua peringkat pemerintah bagi memastikan anggota mendapat latihan yang secukupnya,”ujarnya.

PERAKTODAY4

Selepas menghadiri Perbarisan Ulung tersebut, beliau turut bersama-sama menghadiri jamuan yang disediakan dan juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama-sama anggota tentera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");