Jenayah

Panik kereta meletup

Gombak: Seorang lelaki dan rakannya nyaris maut apabila kereta dipandu terbakar dan meletup secara mendadak berhampiran Kilometer 12.1, Jalan Genting di sini.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam semalam, mangsa, Ng Chin Choon, 50, menyedari kenderaan dipandu berdepan masalah apabila dia terhidu bau asap.

Mangsa berkata, dia segera memberhentikan kenderaan miliknya itu di tepi jalan untuk memeriksa punca bau berkenaan.

“Bagaimanapun belum sempat saya memeriksa lebih lanjut, kereta itu terbakar mendadak di bahagian tayar kanan.

“Lebih mengejutkan apabila kereta itu meletup sebelum seluruh bahagian kenderaan dijilat api termasuk pada bahagian enjin,” katanya

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");