Panasnya Hari Ini

PAS Nafi Ada Permuafakatan Dengan PERKASA

Foto: MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan sekeras-kerasnya bahawa akan ada satu permuafakatan di antara parti itu dengan PERKASA selepas menerima kunjungan daripada kumpulan pendesak Melayu itu, kelmarin.

Tambahnya lagi, kehadiran PERKASA adalah sekadar membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“PERKASA datang cuma nak buat kunjungan hormat kepada Presiden PAS.

“Maka kita hanya berbincang mengenai isu-isu melibatkan Negara yang dipersetujui bersama, tidak ada apa-apa muafakat pun. Datuk Ibrahim Ali datang mewakili NGO dia, PERKASA,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini

Tuan Ibrahim turut dilaporkan menolak dakwaan bahawa kehadiran presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bertemunya adalah sebagai ‘ejen’ kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut mengulas bahawa tidak pernah timbul sebarang isu bahawa PERKASA menjadi ejen atau mewakili mana-mana individu kerana dalam pertemuan tersebut, tiada agenda tertentu dibincangkan bersama.

“Ya, hanya program kunjung hormat, bukan ada agenda khas,”jawabnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");