Panasnya Hari Ini

Pas Tidak Sanggup Berkerjasama Dengan Perkasa- Iskandar Samad

KUALA LUMPUR:Parti Pas hari ini menyatakan tidak sanggup untuk menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berikutan pertubuhan itu dakwanya sering membawa sentimen perkauman.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday hari ini, kenyataan itu dilontarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad

Ujarnya laporan media berhubung tindakan Pas yang bercadang bagi menjalinkan kerjasama dengan Perkasa pada Selasa adalah tidak benar.

Tambahnya lagi pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada Pas Pusat berhubung laporan media itu.

“Pas Selangor telah menerima penjelasan bahawa Pas Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

“Mereka telah membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

“Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa Pas Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

“Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan Pas tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman,” katanya.

Terdahulu laman berita berkenaan melaporkan bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas dan Perkasa bersetuju menjalinkan kerjasama melibatkan isu nasional bukan kerjasama politik yang disifatkannya juga merupakan kerjasama yang sejajar dengan dasar terbuka parti berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");