Panasnya Hari Ini

Pas Untung Krisis Dengan DAP

KUALA LUMPUR: Sokongan bukan Islam kepada Pas tidak pernah berubah walaupun telah berlaku perpecahan dalam parti itu.

Malahan, kemelut yang dihadapi parti ini menambahkan lagi sokongan orang bukan Islam kepada PAS.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N. Balasubramaniam, dasar perjuangan Pas membuatkan mereka terus setia dan tidak keluar dari parti itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau menyatakan sokongan bukan Islam masih kekal seperti dulu dan tidak mempunyai masalah.

“Mereka dapat menilai pihak mana yang benar, malah sokongan itu semakin meningkat,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menyatakan Pas sudah terkenal sejak 60 tahun lalu dan DHPP tidak terkesan dengan penubuhan parti Amanah dan pembentukan Pakatan Harapan.

“Ahli kita tidak ada yang keluar, cuma 13 ketua DHPP kawasan yang sertai Amanah, tujuh dari Selangor, empat Perak dan dua Johor dan kekosongan itu kita sudah isi semula, malah yang keluar itu mempunyai masalah di kawasan,” ujar beliau.

Terdapat hampir 50 ribu orang jumlah keseluruhan ahli DHPP sehingga kini.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");