Jenayah

Pati ditahan cuba keluar negara guna jalan belakang

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor berjaya mematahkan cubaan pendatang tanpa izin (Pati) keluar dari negara ini melalui jalan belakang di kawasan hutan pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi, Selasa lalu.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, seramai 23 Pati warga Indonesia terdiri daripada 20 lelaki dan tiga wanita berumur antara 23 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan dijalankan PPM Pengerang yang diketuai Sarjan Othman Yacob bersama 13 anggota.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Pati yang ditahan sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal mereka melalui jalan belakang.

“Bertindak atas maklumat awam, kita telah membuat serbuan terhadap sekumpulan orang di kawasan hutan pantai Batu Layar, Sungai Rengit.

“Selepas pemeriksaan, mereka yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri sah,” katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

“Mereka mengaku sedang menunggu bot untuk balik ke Indonesia.

“Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/ 63 (Pindaan 2002),” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");