Perak Hari Ini

Pegawai TLDM Didakwa Lima Tuduhan Pengubahan Wang Haram

IPOH: Seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Kapten mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram di hadapan Hakim Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kapten Abdul Aziz Gaffor,54 didakwa menerima sekeping cek sebuah bank bernilai RM300,00 daripada seorang indivdiu melalui akaun bank pihak ketiga pada 26 Oktober 2014.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima sekeping cek bernilai RM60,000 melalui akaun pihak ketiga di sebuah Bank Cawangan di Sri Manjung dan bagi pertuduhan ketiga pula tertuduh didakwa menerima sistem pemindahan dana dan Sekuriti secara Eklektronik masa nyata (rentas) sebanyak RM30,000 melalui cek bernilai RM307,000 yang telah dimasukkan kedalam akaun pihak ketiga yang sama pada 10 dan 29 Disember 2014.

Manakala bagi pertuduhan keempat, Abdul aziz juga didakwa menerima pindahan sistem pemindahan dana dan Sekuriti secara Eklektronik masa nyata (rentas) berjumlah RM30,000 daripada individu dikenali sebagai Hussin melalui akaun Bank pihak ketiga.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara bulan Jun 2014 hingga Mac 2015.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan sebutan kes pada 11 November depan dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 bagi setiap satu pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya SPRM Nor Azah Kasran dan tertuduh diwakili Peguam Collin Arvin Andrew dan Mohd Fadhli Hashim.

Tertuduh menghadapi lima pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bernilai lebih RM800,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");