Membawang Hari Ini

Peluang Redza Rosli Lebih Terbuka Bawah Kabir Bhatia

PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli menaruh keyakinan peluang untuk mengembangkan karier lakonannya lebih terbuka apabila dapat bekerjasama menerusi lima projek di bawah arahan pengarah terkenal, Kabir Bhatia.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 23, berkata, kepercayaan diberikan Kabir terhadapnya tidak pernah disia-siakan sebaliknya sentiasa mengutip ilmu untuk menjadi seorang pelakon berkaliber pada masa hadapan.

“Alhamdulillah saya sudah terlibat dalam lima buah drama arahan Kabir dan saya sendiri kadang-kadang tidak percaya dapat bekerjasama dengannya kerana semua tahu beliau adalah antara pengarah terbaik.

“Kepercayaan diberikan oleh pengarah sepertinya membuatkan saya bertambah yakin dengan bakat lakonan saya dan peluang saya untuk terus maju terbuka luas,” katanya kepada mStar Online.

Redza muncul dengan drama lakonan terbaharunya berjudul Maria Terindah arahan Kabir yang turut dilakonkan oleh Shahrizal Jaszle, Sharifah Sakinah dan Shakila Koriri.

Ia sudah pun bersiaran sejak 5 Oktober lalu iaitu pada setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 9 malam di HyppSensasi, HyppTV saluran 116.

Dalam pada itu, Redza berkata, sepanjang bekerja bersama Kabir, pengarah berkenaan banyak memberikan input tentang teknik lakonan selain tidak lokek memberikan ilmu.

Malah kata Redza, Kabir seorang yang tenang ketika di set penggambaran dan banyak menggunakan kaedah bercerita bagi memberi pemahaman kepada pelakon tentang apa yang diinginkan dalam sesuatu babak.

“Beliau banyak bercerita jika ingin memberi pemahaman tentang sesuatu dan saya banyak belajar tentang teknik sebutan dialog yang jelas daripadanya.

“Senang bekerja dengannya dan saya di antara yang bertuah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripadanya,” jelas Redza.

Bagaimanapun kata Redza, dia bukan ‘anak emas’ kepada pengarah berkenaan dan pernah bekerja bawah arahan pengarah lain.

Sementara itu, Redza memberitahu biarpun sebelum ini ada segelintir pihak memberi kritikan namun ia tidak pernah melemahkan semangatnya.

Namun kata Redza, dia sentiasa bersikap positif dan mengambil segala kritikan sebagai satu bentuk motivasi untuknya memperbaiki kelemahan.

Dalam perkembangan lain, selain Maria Terindah Redza uga bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbaharu dalam masa terdekat ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");