Panasnya Hari Ini

Peluang Singkirkan Najib Adalah Tipis-Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum 2018 adalah tipis berikutan tindakan segelintir pihak yang dilihat masih mempertahankannya demi kepentingan sendiri.

Memetik sumber daripada Malaysiakini, beliau berkata demikian kepada Reuters semasa sesi wawancara yang berlangsung di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, desakan telah berulang kali dilakukan supaya Najib berundur berikutan dengan pelbagai dakwaan timbul berhubung isu rasuah dan syarikat 1MDB.

“Semua mereka takut dan jaga kepentingan sendiri. Mereka tidak jaga parti, negara. Semuanya mengenai diri mereka sendiri.

“Cara bergerak menunjukkan dia (Najib) mahu menghabis penggal penuhnya. Cara ahli Umno menerimanya kerana mereka mendapati selesa untuk bersamanya, saya fikir dia boleh menghabiskan penggal penuh,” katanya.

Tambahnya lagi, masih terdapat juga wakil wakil rakyat Umno melindungi Najib malah tindakan itu disifatkannya sebagai tidak berani untuk bersuara.

Terdahulu pelbagai kritikan dan desakan dilakukan beliau terhadap Najib berikutan dengan dakwaan wang derma sebanyak RM2.6 Bilion yang dikatakan masuk ke dalam akuan peribadinya.

Namun bagaimanapun, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dakwaan tersebut dan wang berkenaan adalah untuk kepentingan peribadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");