Perak Hari Ini

Pemandu Maut Kereta Dihempap Treler

TAIPING: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila sebuah treler terbalik lalu menghempap kenderaan yang dipandu mangsa di Jalan Air Terjun, Trong, malam semalam.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Taiping menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 10.03 malam tadi.

“Kejadian berlaku apabila sebuah lori treler yang membawa muatan besi terbabas dan melanggar pembahagi jalan”.

IMG-20151016-WA0003

“Treler ini terbalik dan menghempap sebuah kereta proton saga dan mengakibatkan pemandunya maut di tempat kejadian dan penumpangnya mengalami kecederaan parah”, ujar sumber.

IMG-20151016-WA0004

Mayat pemandu yang tersepit itu dikeluarkan oleh anggota bertugas menggunakan peralatan menyelamat khusus lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala penumpang yang cedera parah pula diserahkan kepada pihak ambulans bagi menerima rawatan.

Menurut sumber lagi, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bertugas mengambil masa hampir tiga jam bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Operasi yang diketuai PKPgB Hasna Rashid itu tamat pada jam 1.30 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");