Isu Panas

Pembangkang fail usul undi tak percaya pada PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memfailkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) memfailkan usul itu seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat Malaysia.

“Bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri,” petik teks usul yang turut diedarkan kepada media.

Usul berkenaan telah diterima oleh Pejabat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

“Saya mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa majoriti dalam Dewan Rakyat dan dengan ini, bermakna bukan hanya 88 MP pembangkang tetapi jumlah MP Barisan Nasional yang cukup, bahawa telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan untuk menerajui kerajaan,” kata Wan Azizah.

– Malaysia Kini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");