Panasnya Hari Ini

Pemimpin Gagal Punca Melayu Mundur- PERKASA

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa kemunduran yang dialami masyarakat Melayu adalah berpunca daripada kesilapan pemimpin yang berperanan dan berusaha memperkukuhkan kedudukan Melayu.

Memetik sumber daripada Therakyatpost Masyarakat Cina juga tidak seharusnya dipersalahkan berikutan kemunduran masyarakat Melayu.

“Saya salahkan pemimpin Melayu. Orang Melayu memegang jawatan yang penting dalam negara dan mereka sebenarnya yang gagal. Itulah yang saya sebut di Padang Merbok (Perhimpunan Baju Merah).

“Jadi, sekarang saya meminta Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan semula biasiswa, dapatkan semula tanah rezab orang Melayu sebelum 2020,” katanya.

Tegasnya lagi, masalah kemunduran orang Melayu sudah mula timbul sekitar tahun 1990, iaitu pada penghujung Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Kita mahukan 60 peratus bahagian dan bukannya 30 peratus. Selepas ia berakhir, bahagian itu menjadi lebih besar kepada masyarakat Cina. Sekiranya dasar ini memberi kelebihan kepada setiap kaum, mengapa ia jadi semakin besar?

“Kita juga menyalahkan orang Melayu juga, yang menyalahgunakan permit sana sini,” katanya.

Terdahulu ujarnya lagi, DEB dilaksanakan pada 1970 hingga 1990 adalah bagi meningkatkan ekuiti Bumiputera daripada 2.4 peratus pada 1970, kepada 30 peratus pada 1990, namun keputusan itu akhirnya hanya berjaya dicapai sebanyak 19.3 peratus.

Tegasnya hasil itu menimbulkan ketidakpuasan apabila wujudnya jurang ekonomi antara orang Melayu dan bangsa lain semakin luas malah menjadi punca Perkasa memberi penekanan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 153 adalah kontrak sosial. Gunakan 153 atau apa sahaja sebagai alat untuk meningkatkan status ekonomi Melayu.

“Jika DEB sebelum ini tamat dan gagal, kita perlu teruskan hingga mencapai sasaran. Pada masa itu, baru kita boleh bercakap tentang meritokrasi, kesamarataan, namun kita masih jauh.

“Walaupun orang Melayu semakin maju, namun kita masih jauh ketinggalan,” jelasnya.

Tambahnya lagi perihal hak keistimewaan dari aspek Perlembagaan Persekutuan akan tetap diteruskan sehingga orang Melayu mendapat hak yang sama rata.

“Selagi majoriti orang Melayu dan Bumiputera tidak mendapat kesamarataan dalam pengagihan kekayaan, pada saya, ia masih relevan.

“Kita boleh hapuskannya, selepas ia benar-benar adil. Selaps itu, kita boleh kaji semula dan buat semula.

“Kita mempunyai polisi yang baik, tetapi kurang bagus dalam pelaksanaan buat masa ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");