Panasnya Hari Ini

Penentuan Nasib Khairuddin Pada 13 Oktober Ini

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dijangka menghadiri perbicaraan habeas corpus untuk membatalkan penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 13 Oktober depan.

Beliau yang kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat demam denggi, dijangka hadir di Mahkamah Tinggi di sini, pada 13 Oktober ini sekiranya kesihatannya mengizinkan bagi perbicaraan tersebut.

Khairuddin kini perlu menghabiskan tempoh 28 hari penahanan di bawah Sosma yang dijadual berakhir pada 21 Oktober depan dan  Hakim Mahkamah Tinggi juga dijangka memberikan keputusannya pada tarikh berkenaan.

Terdahulu, apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan hakim, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon tempoh sebulan untuk memfailkan affidavit berkaitan hal itu untuk pengesahan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Kami memerlukan afidavit disahkan oleh Zeti tetapi kami diberitahu bahawa dia sudah meninggalkan negara ini untuk menghadiri satu mesyuarat di luar negara, semalam.

“Kenyataannya diperlukan bagi membuktikan bahawa pemohon ditahan di bawah Akta Sosma dan bukan mala fide.

“Oleh kerana BNM tidak dapat memberikan jaminan bila dia akan kembali ke negara, maka, kami memerlukan sebulan bagi penyerahan semua affidavit,” kata Peguamnya, Haniff Khatri Abdulla di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, Haniff  turut membantah permohonan itu berikutan tempoh 28 hari tersebut akan tamat.

“Mana-mana pihak berkuasa dari BNM boleh mengesahkan kenyataan.

“Kami turut meminta respondan mengemukakan semua afidavit pada 9 Oktober,” katanya kepada mahkamah yang membenarkan permohonan itu,” memetik sumber laporan Therakyatpost.

Permohonan habeas corpus difailkan Khairuddin pada 28 September dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Daerah Dang Wangi; Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superitendan Habibi Majinji dan kerajaan Malaysia sebagai respondan.

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu memohon dilepaskan segera kerana beliau mendakwa penahanan di bawah SOSMA dilakukan tidak mengikut peruntukan di bawah akta itu.

Beliau ditahan pada 18 September di rumahnya berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sebaik dilepaskan, dia ditahan semua selama 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");