Sukan Hari Ini

Pengadil memalukan Scotland

London: Scotland diragut salah satu kejayaan terhebat dalam sejarah Ragbi Piala Dunia semalam selepas kesilapan dilakukan oleh pengadil Craig Joubert membolehkan Australia mara ke separuh akhir melalui kemenangan kontroversi 35-34 di Twickenham.

Pengadil dari Afrika Selatan itu dilabel ‘memalukan’ kelihatan terus berlari menuju ke laluan terowong selepas wisel penamat ditiup dan enggan bersalaman dengan pemain. Dia turut dibaling dengan botol plastik.

Joubert menghadiahkan penalti minit ke-79 disempurnakan oleh pemain Wallaby No 10 Bernard Foley selepas tersilap jangkaan pemain prop gantian Scotland Jon Welsh yang disangka dalam posisi offside ketika menangkap bola.

Skrin besar ulang tayang menunjukkan pemain scrum-half gantian Australia Nick Phipps mendapat sentuhan terakhir sebelum Welsh dikenakan penalti terbabit. – Daily Mail

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");