Panasnya Hari Ini

Penganalisis Politik Saran Bai’ah Taklik Dimansuh

KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik Profesor Madya Dr Ismail Sulaiman menyarankan agar amalan bai’ah taklik yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Kelantan dimansuhkan.

Menurut beliau, untuk menyokong perjuangan yang menjadi dasar, terdapat banyak lagi kaedah lain bagi mendapatkan kesetiaan ahli-ahli mana-mana parti.

“Kalau Pas betul-betul mahu mansuhkan, ia perkara yang baguslah, dan sememangnya perlu dilakukan.

“Bagi saya bai’ah parti ini tidak perlu sehingga melibatkan hal-hal peribadi iaitu wujudnya talak kepada isteri dan sebagainya. Banyak lagi cara lain untuk setia kepada pemimpin dan perjuangan parti,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Kenyataan itu dibuat beliau berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) 14, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan tidak menolak kemungkinan untuk memansuhkan lafaz bai’ah taklik cerai terhadap wakil rakyat Kelantan.

Ismail menegaskan pertaruhan hubungan kekeluargaan yang dibina dalam taklik terhadap isteri ini tidak sepatutnya berlaku dan boleh dianggap tersasar.

Beliau menyatakan sumpah ikrar taat setia tanpa mengorbankan mana-mana pihak lain yang tidak berkaitan sudah memadai dan banyak lagi kepelbagaian boleh digunakan dalam berpolitik.

“Politik sekarang lain, lompat sana, lompat sini, sudah jadi perkara biasa. Tetapi untuk menyatakan kesetiaan, cukup sekadar ikrar sahaja.

“Bagi saya, jika benar Pas mahu hapuskan, maka inilah contoh teladan dan iktibar terbaik kepada semua parti politik lain di negara kita. Jangan gadaikan orang lain semata-mata untuk kepentingan dan kelangsungan politik yang tidak menentu,” ujar beliau.

Foto-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");