Sukan Hari Ini

Pentas uji keserasian remaja negara

PENTAS Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 secara rasminya membuka tirai di Stadium Hoki Taman Daya, kelmarin.

Selain Malaysia, lima pasukan lain yang turut serta dalam kejohanan bawah 21 tahun ini adalah Great Britain, Argentina, Australia dan India.

Bagi skuad muda negara, kejohanan ini pentas terbaik buat mereka sebelum berdepan aksi yang lebih mencabar iaitu kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 14 November depan.

Sudah tentu pengendalinya Arul Selvaraj mahu melihat di mana prestasi sebenar pemainnya dalam kejohanan ini.

“Hoki Piala Sultan Johor sebahagian daripada misi besar kami untuk ke kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Kuantan.

“Ia akan menjadi kayu pengukur untuk melihat kekurangan yang perlu diperbaiki,” kata Selvaraj.

Biarpun ia dianggap sebagai pentas pemanas badan, namun bagi Selvaraj, dia yakin skuad mudanya mampu memberi saingan dalam kejohanan ini, biarpun ketiadaan beberapa tonggak utama.

Penjaring terbanyak negara, Muhd Sufi Ishat Rohulamin tidak tersenarai kerana direhatkan akibat mengalami kecederaan hamstring.

“Ketiadaan Sufi amat dirasai tetapi masih ada pemain yang berpotensi untuk diketengahkan,” kata Selvaraj.

Malaysia beri tentangan sebelum tewas

Ahad lalu, skuad negara kecundang dalam aksi pertama menentang Great Britain 4-2 walaupun memberikan tentangan sengit.

Skuad negara bermula baik dan berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga minit ke-30.

Bagaimanapun, Great Britain memecah kebuntuan jaringan menerusi ketua pasukannya, Luke Taylor hasil pukulan sudut penalti m-31 sebelum Robert Gleeson menjadikan kedudukan 2-0 pada m-46.

Malaysia kembali bangkit menyamakan kedudukan namun Great Britain terus mengorak langkah merekodkan kemenangan 4-2.

“Semangat dan tempo permainan bermula baik selepas kami dapat menyamakan kedudukan tetapi disebabkan kelemahan ketika bertahan, semuanya mula berubah,” kata Selvaraj.

Biarpun berdepan kekalahan pertama namun ia bukan pengakhiran buat skuad bimbingan Selvaraj.

Mereka perlu membuktikan sesuatu untuk menaikkan semula semangat pasukan sebelum berdepan kejohanan Hoki Piala Remaja Asia.

Sementara itu, Malaysia selepas ini akan berdepan Australia, esok dan diikuti India, Khamis ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");