Panasnya Hari Ini

Penubuhan Parti Baharu: Khalid Nafi Terlibat

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak terlibat dengan gerakan penubuhan parti baharu seperti pemimpin dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas beliau adalah kini lebih selesa hanya sekadar melihat perkembangan itu dari luar daripada melibatkan diri dalam gerakan itu.

“Saya lebih selesa menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan memulihkan kedudukan ekonomi yang kini diasak dari dalam dan luar,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday hari ini.

Katanya, pelbagai aduan timbul kebanyakkannya daripada ahli PKR yang gagal dipersetujui oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh.

Ujarnya lagi, tindakan parti-parti pembangkang sejak akhir-akhir ini juga menunjukkan kegagalan dalam menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi yang masih keliru.

“Saya tidak hairan sekiranya ada usaha dari PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yang lebih seimbang,” katanya.

Khalid turut menyatakan bahawa beliau sedang menunggu keputusan aduannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS)
berhubung tindakan PKR memecatnya yang didakwanya dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu.

Terdahulu, Khalid antara yang diperkatakan antara bekas pemimpin PKR yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");