Jenayah

Penuntut IPTS ditahan terbabit dengan IS

KUALA LUMPUR: Seorang warga asing yang menuntut di institut pengajian tinggi swasta (IPTS), di sini, ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) berpangkalan di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata penahan penuntut IPTS berusia 20 tahun pada 15 September lalu dilakukan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) di ibu kota.

Suspek memasuki negara ini pada Ogos tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati beliau sudah berkomunikasi dengan seorang pemimpin kanan kumpulan IS di Syria untuk menggodam beberapa pangkalan data yang mengandungi maklumat mengenai maklumat anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

“Maklumat terbabit kemudiannya disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan pengganas IS untuk tindakan susulan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Khalid berkata, tangkapan awal suspek terbabit adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan suspek kini ditahan mengikut Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke AS.

Katanya, tangkapan itu adalah hasil kerjasama erat polis dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan, khususnya IS yang bersifat rentas sempadan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89300

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");