Membawang Hari Ini

Percintaan Yuri (Girls Generation) Dengan Pemain Besbol Berakhir

ANGGOTA kumpulan Girls Generation iaitu Yuri dilaporkan sudah berpisah dengan pemain besbol iaitu Oh Seung Hwan.

Allkpop melaporkan pasangan berkenaan sudah berpisah sejak enam bulan lalu selepas masing-masing tidak dapat memberikan komitmen terhadap hubungan tersebut.

“Percintaan mereka secara jarak jauh dan kedua-duanya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bersama.

“Perkara itu menjadi punca utama hubungan tersebut hambar dan mengambil keputusan menamatkan percintaan mereka enam bulan lalu,” menurut sumber.

Seung Hwan kini banyak menghabiskan masa di Jepun untuk pertandingan besbol manakala Yuri berada di Korea dan sering ke luar negara untuk mempromosikan album terbaharu kumpulan Girls Generation.

Yuri dan Seung Hwan membuat pengakuan terbuka sedang bercinta pada April lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");