Sukan Hari Ini

Perguruan Iskandar di Eropah tuai hasil

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) mempamerkan permainan mantap di Grand Prix (GP) Terbuka Belanda apabila menumpaskan pilihan ke-14 Anand Pawar dari India semalam.

Iskandar yang sudah sebulan berguru di Eropah, mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-15 untuk menempah slot ke pusingan kedua.

“Saya rasa lebih yakin apabila sudah berkampung di sini sebulan dan berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan,” katanya yang sebelum ini merangkul gelaran Siri Antarabangsa Poland bulan lalu.

Jelasnya, walaupun mengejutkan Anand, dia masih belum terfikir untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan berkenaan dan akan fokus perlawanan satu demi satu.

Turut memenangi perlawanan semalam pilihan keenam, Zulfadli Zulkiffli yang menumpaskan Lucas Claerbout dari Perancis 21 11, 21-10.

Goh Soon Huat turut mara ke pusingan kedua apabila mengalahkan Adi Pratama dari Indonesia, 21-16, 21-13 selain seorang lagi pemain negara, Soo Teck Zhi juga melangkah selepas menang 21-18, 21-16 ke atas wakil Perancis Lucas Corvee.

Bagaimanapun, pemain bebas Chiang Jiann Shiarng terkandas apabila tumpas kepada Kestutis Navickas 9-21, 15-21. Turut mengalami nasib sama Zulhelmi Zulkiffli selepas menarik diri ketika ketinggalan 12-21, 19-20 kepada wakil Taiwan, Chun Wei Chen.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");