Panasnya Hari Ini

Perhimpunan Bantah : Jamal Yunos Gagal Dapat Kelulusan Pihak Polis

KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Yunos dikatakan akan meneruskan rancangannya bagi mengadakan himpunan bantahan terhadap kerajaan Selangor yang dirancang berlangsung pada Ahad ini (esok) walaupun tidak berjaya mendapatkan kelulusan daripada pihak Polis.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu telah merancang bagi mengadakan perhimpunan berkenaan di Spektrum Bandar Baru Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuddin Saad berkata, penganjur gagal untuk kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi mengadakan perhimpunan itu.

Jelasnya lagi, penganjur perlu mendapatkan kebenaran pemilik lokasi terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang bentuk perhimpunan dan sekaligus bagi menepati peraturan Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

“Kami menasihatkan orang ramai tidak menyertai sebarang himpunan, jika ia tetap diteruskan,” katanya.
Khairuddin berkata, pihaknya tetap akan menempatkan anggotanya di kawasan itu pada hari Ahad bagi mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.

Terdahulu, Jamal dilaporkan menyerahkan notis permohonan untuk mengadakan himpunan ‘Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Cacamarba’ pada 7 Oktober lalu.

Perhimpunan itu juga dijangka akan disertai oleh 5,000 orang penyokong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");