Panasnya Hari Ini

Perjuangan Politik Pembangkang Lebih Menonjol- Saifuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa bahawa UMNO gagal dalam perjuangan politik dan peranan untuk membawa perubahan kepada negara.

Malah tambahnya lagi negara kini lebih didominasi parti pembangkang.

Beliau menyatakan bahawa perkara tersebut menjadi sebab utama beliau keluar dari parti itu.

Menurut Saifuddin, matlamat yang jelas dalam perjuangan politik dapat dilihat dalam parti pembangkang, khususnya PKR.

“Saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO-BN”.

“Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada “gabungan minda” (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN),” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Menurut beliau, skandal besar yang memberi kesan kepada rakya seperti 1MDB dan derma 2.6 bilion yang berlaku dibawah pentadbiran UMNO dan BN tidak sepatutnya berlaku untuk mencapai matlamat tersebut.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");