Berita Hari Ini

Perlu lesen khas tawar pakej umrah

MELAKA – Syarikat atau agensi pelancongan diwajibkan mendapatkan lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuat kuasa 3 Oktober tahun depan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), Datuk Rashidi Hasbullah.

Beliau berkata syarikat pelancongan yang tidak memiliki lesen khas berkenaan akan dibatalkan hak mereka untuk menawarkan pakej umrah.

“Sehingga kini kira-kira 500 syarikat atau agensi pelancongan yang dikenal pasti menawarkan pakej umrah tanpa lesen khas sehingga menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk bagi urusan mendapatkan visa.

“Sehingga kini hanya 61 syarikat atau agensi pelancongan yang memiliki lesen khas berkenaan yang mereka berupaya mendapatkan visa secara terus daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak-Hak Kepenggunaan 2015, di sini hari ini.

Beliau berkata syarat mewajibkan pemilikan lesen khas umrah itu merupakan inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah yang ditubuhkan pada 28 Ogos tahun lepas yang bertujuan menyelaras dan memantau urusan pengendalian pakej umrah.?

Mengenai penipuan pakej umrah, Rashidi berkata KPK merekod 56 kes penipuan oleh syarikat berlesen dengan jumlah kompaun meliputi sebanyak RM222,000 dari 2012 hingga Ogos lalu, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merekod 2,761 kes dengan tuntuntan melebihi RM15.7 juta dalam tempoh sama.

Katanya bagi agensi pelancongan tidak berlesen, sebanyak 134 kes dirujuk kepada pihak polis dengan nilai kompaun berjumlah RM4.8 juta dalam tempoh 2012 hingga September tahun lepas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");