Perak Hari Ini

Perlumbaan Hari Kedua Dibatalkan

GERIK: [Dikemaskini] Perlumbaan 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series bagi hari Kedua yang dijadualkan berlangsung pada pagi ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Pengarah Perlumbaan, Mohd Zulfadli Isma Yatim berkata, perlumbaan tersebut terpaksa dibatalkan bagi mengelakkan sebarang risiko.

“Semalam, terdapat beberapa pasukan yang bertembung dengan kumpulan gajah dan mereka terperangkap di dalam hutan sehingga ke tengah malam.

“Kita telah berjaya keluarkan seramai 36 orang pada jam 5 pagi tadi,”katanya.

Menurutnya lagi, sehingga kini, masih terdapat tiga pelumba yang belum dapat dikesan.

Katanya, lokasi terakhir tiga pelumba tersebut dikesan adalah diantara Perkampungan Orang Asli Chiong dan Air Banun.

Ujarnya, usaha mencari dan mengesan peserta yang hilang sedang dijalankan oleh pihak penganjur dengan bantuan dari pihak bomba.

Tambahnya lagi, pihak penganjur telah memutuskan bahawa keputusan pada hari pertama perlumbaan akan digunakan sebagai keputusan akhir.

9th Royal Belum Ironbound Challenge Series terbahagi kepada dua kategori iaitu antarabangsa dan tempatan.

“Secara keseluruhan, kita terpaksa mengambil senarai pemenang pada hari pertama (semalam) untuk diumumkan sebagai pemenang keseluruhan,”ujarnya.

Bagi kategori antarabangsa, pasukan Seagate dari New Zealand menduduki tempat pertama dan akan membawa pulang wang tunaj berjumlah RM20,000.

Tempat pertama bagi kategori tempatan pula menjadi milik SNR Adventure Racing Team akan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");