Perak Hari Ini

Persatuan Sukan Main Peranan Cungkil Bakat Baru

PARIT BUNTAR: Persatuan-persatuan sukan yang terdapat di daerah ini merupakan organisasi penting bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kerian, Zairul Faizi Ramli berkata, persatuan sukan perlu mengambil langkah tersebut ketika pertandingan sukan diadakan.

“Mencungkil bakat baru adalah melalui persatuan dan persatuanlah yang akan mengesan bakat-bakat pemain untuk diketengahkan.

“Ini kerana untuk bawa pemain ke peringkat atasan bukan lagi peranan oleh pejabat belia tetapi oleh persatuan sukan. Kita di pejabat sukan hanya menganjurkan acara sukan,” katanya.

PERAK TODAY 8

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah LISUS, di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar persatuan-persatuan sukan di daerah ini dapat bergerak dengan lebih aktif.

“Di Kerian, hanya ada dua atau tiga persatuan sukan yang aktif, ada sesetengahnya dah ‘mati’.

“Kita nak cuba wujudkan persatuan ini dan kepada yg berminat untuk menubuhkan persatuan sukan, datang ke pejabat belia dan kita boleh berbincang bagaimana kita nak membantu mendaftarkan persatuan sukan ini,”ujarnya.

PERAK TODAY 6

Tambahnya, antara sebab sesebuah persatuan itu ‘mati’ adalah berpunca daripada pemimpin bertukar atau tiada minat serta tiada pengganti.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Puhat Mat Nayan yang telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA).

“Tahniah kepada Datuk Seri Puhat atas pemilihan bagi menerajui PAFA.

“Saya harap supaya dengan kepimpinan baru Perak akan jadi sebuah pasukan yang hebat seperti mana tahun 1990,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");