Membawang Hari Ini

‘Persembahan lebih bertenaga’

Walaupun konsert jelajah terakhir di Stadium Ma­lawati, Shah Alam pada 7 November ini tiada elemen kejutan, penyanyi dan komposer Datuk M Nasir yakin persembahan itu mampu menarik lebih ramai peminat.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad berkata, tiga konsert jelajah lalu di Kuantan, Pahang, Pasir Gudang, Johor dan Pulau Pinang menerima sambutan baik.

“Persembahan terakhir ini lebih bertenaga dan ada beberapa perbezaan dari segi lagu. Biarpun persembahan sama dengan konsert lalu, saya percaya peminat tidak kisah dan tetap akan datang,” katanya.

Malah, bekas vokalis kumpulan Kembara itu ketika ditemui pada sidang media kelmarin turut yakin beberapa persembahan besar yang bakal berlangsung berdekatan tarikh itu tidak akan menjejaskan konsertnya.

“Penganjur sudah melakukan segala-galanya untuk mempromosi konsert ini. Lagipun sekarang sudah hampir hujung tahun jadi banyak acara dianjurkan untuk orang ramai,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbaru karier nyanyiannya, M Nasir kini sibuk dengan pembikinan album baru yang sudah 45 peratus selesai.

“Album ini akan memuatkan 10 lagu dan masih banyak perlu dilakukan kerana mahu memilih lagu terbaik,” katanya.

Sebelum ini, M Nasir juga terkenal dengan watak Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang melangsungkan dua konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Sang Pencinta pada 2013 dan Konsert Hati Emas Kembara tahun lalu.

Konsert M Nasir… Kembara selama dua jam itu akan diserikan dengan penyanyi Fynn Jamal yang akan membuat per­sembahan pembukaan. Fynn dijangka menghiburkan penonton dengan beberapa lagu hit seperti Arjuna Beta dan Terbang Tunduk.

Selain lagu solonya, M Nasir juga bakal menyampaikan beberapa lagu pada zaman kegemilangan kumpulan Kembara. Sebelum konsert bermula, M Nasir menerusi syarikat miliknya, Luncai Emas mencari bakat baru nyanyian dalam program Lets Nyanyi.

Sesi uji bakat akan berlangsung di Stadium Melawati bermula jam 11 pagi dan dibuka kepada semua peringkat umur.

Tempahan tiket dan maklumat lanjut mengenai Konsert M Nasir…Kembara boleh melayari laman web wwww.ticket2u.biz.

Tiket dijual pada harga RM50, RM100, RM200 dan RM350.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");