Perak Hari Ini

Pertandingan Akhir Bintang Ai-MINNAL 2015 : Lapan Finalis Berentap

IPOH: Seramai lapan orang peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara dalam pertandingan akhir Bintang Ai-MINNAL 2015 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, di sini.

Lapan finalis tersebut ialah Chua Yung Qi 15, Chor Yun Jia 25, J Susan 34, Gui Yee Ping 33, Kua Yan Min 26, Hasmitha Selvam 16, Woon Chai Shia 33 dan Andrew Anthony 20.

Pengarah Bahagian Program Radio, Dr Nawiyah Che Lah berkata, Pertandingan Bintang Ai-MINNAL 2015 merupakan satu lagi program terbitan Program Radio RTM melalui stesen radio Ai FM dan MINNAL FM bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

“RTM sentiasa mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam industri hiburan tanah akhir dan memang salah satu objektif kita membantu melahirkan bakat-bakat yang sedia ada.

“Selain mencungkil bakat-bakat nyanyian daripada kaum Cina dan India yang mampu menyanyikan lagu-lagu Melayu dengna baik, ia juga merupakan satu pendekatan dalam usaha menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu melalui nyanyian,”katanya dalam sidang media yang diadakan di RTM Perak, pagi tadi.

Hadir sama ke sidang media tersebut ialah Penerbit Unit Hiburan TV, Azman Hashim, Pengurus Ai FM, Elaine Cheah Siew Lee dan Pengurus MINNAL FM, S Kumaran.

PERAKTODAY50

Penyertaan Pertandingan Bintang Ai-MINNAL FM ini hanya terbuka kepada peserta kaum Cina dan india menyanyikan lagu Melayu.

Terdahulu, proses pencarian bakat bagi pertandingan ini telah dilakukan dengan menyenarai pendek para peserta yang menghantar rakaman video nyanyian mereka melalui Youtube, emel dan pos.

Seramai 24 peserta yang terdiri 12 peserta kaum Cina dan 12 peserta kaum India telah terpilih untuk bertanding di peringkat suku akhir yang diadakan di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri pada 16 September lalu.

Peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 20 September 2015 menyaksikan 16 peserta telah berentap untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir, kesemua peserta perlu mempersembahkan dua buah lagu Melayu bertemakan patriotk dan sebuah lagu bebas.

Para peserta akan diadili oleh juri-juri professional yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri hiburan tanahair.

Pertandingan Akhir Bintang Ai-MINNAL 2015 akan bersiaran secara langsung menerusi TV2 pada jam 9 malam dan juga diikuti serentak menerusi radio Ai FM dan MINNAL FM.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 beserta piala iringan manakala bagi naib johan akan membawa pulang RM10,000 dan tempat ketiga RM7,000. Persembahan terbaik pula akan membawa pulang wang tunai RM4,000.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan secara langsung yang diadakan pada Ahad ini selain akan menyaksikan persembahan daripada artis jemputan, Misha Omar dan Jaclynn Victor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");