Isu Panas

PKR belum bincang serah kerusi kepada Amanah

SHAH ALAM – PKR masih berteka-teki soal persetujuan sama ada bakal menyerahkan sebahagian kerusinya kepada rakan sekutu baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14 akan datang.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, buat masa ini Pakatan Harapan menumpukan kepada mengukuhkan kerjasama politik antara DAP dan Amanah termasuk usaha memujuk Pas menyertai gabungan berkenaan.

“Soal kerusi PKR untuk Amanah, calon bertanding kita akan bincang selepas kita bina muafakat terlebih dahulu, kalau dah ada muafakat insyaALLAH banyak perkara akan diputuskan.

“Saya yakin Pas akan bersama dengan kita (Pakatan Harapan) sebab sudah lama kita bersama sejak 1999 jadi ada masa surut, ada masa pasang .. maka boleh bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini.

Menteri Besar Selangor itu menyatakan masa diperlukan untuk membina muafakat.

“Kita nak bina muafakat sama juga jika kita bangunan pun ambil masa 18 bulan. Oleh itu, kalau nak bina satu konsensus sudah tentulah memerlukan keterbukaan, keikhlasan dan kefahaman semua pihak.

“Saya optimis kita akan bersama nanti. Kita mahu parti -parti politik yang mempunyai pendirian yang sama untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam sistem kenegaraan kita,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");