Panasnya Hari Ini

PKR Perlu Ambil Tindakan Terhadap Azmin- Noh Omar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa supaya parti PKR mengambil tindakan terhadap  Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seperti mana yang terjadi kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ujarnya tindakan perlu dikenakan kepada Mohamed Azmin Ali , seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah beliau bertindak membuat keputusan untuk kerajaan negeri tanpa memaklumkan parti berkenaan.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday,  tindakan Azmin juga katanya  mirip tindakan menteri Besar terdahulu, Abdul Khalid yang dipecat daripada parti dan didesak meletak jawatan, apabila memutuskan untuk melaksanakan penstrukturan air di negeri itu.

“PKR mesti tegas, kalau dasar mereka satu-satu keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar mesti rujuk dengan pimpinan PKR dan jawatankuasa, macam mana dibuat terhadap Khalid pasal air, tidak rujuk, dia dipecat.

“Jadi, macam Azmin, kita dimaklumkan kita tidak tahu kalau ikut Rafizi (Ramli), mereka tidak tahu dan tidak dimaklumkan.

“Jadi, PKR kena ambil tindakan yang tegas, macam mana mereka ambil tindakan terhadap Khalid,” katanya.

Terdahulu Mohamed Azmin dikatakan meluluskan tiga projek pembinaan lebuh raya, iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke), Lebuhraya Lembah Klang Timur (Ekve) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash) di Selangor tanpa pengetahuan parti.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mempertikaikan tindakan Mohamed Azmin meluluskan tiga projek lebuh raya tersebut, tetapi mengambil ketetapan membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

“Azmin juga macam berat sebelah, Kidex dia batalkan. Ada yang diluluskan dan dibatalkan, sebab apa?

“Adakah kerana konsesi-konsesi syarikat-syarikat yang datang jumpa dengan dia, baru dia luluskan, yang mana syarikat konsesi tidak jumpa dia, dia tidak mahu lulus?” ujarnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");