Perak Hari Ini

Polis Buru Lelaki Menyamar Ejen Penapis Air

TAPAH: Pihak Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian kes curi yang berlaku pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, suspek telah menyamar sebagai ejen untuk menukar penapis air di rumah mangsa.

“Kes yang pertama adalah kes curi yang berlaku pada 16 Mac lalu di Kampung Cegar Tambahan, Bidor pada jam sekitar 7.30 malam.

“Mangsa adalah seorang wanita warga emas yang berusia 61 tahun berada dirumahnya sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya dan memberitahu mangsa beliau adalah wakil dari syarikat penapis air,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, tengah hari tadi.

Tambahnya lagi, suspek meminta supaya menunjukkan resit bagi melihat nombor siri model penapis air yang berada di rumah mangsa.

“Mangsa kemudiannya mengambil resit dan memberikan kepada suspek, tetapi suspek memberitahu bahawa nombor siri itu adalah salah.

“Mangsa mencari resit yang lain dan ketika mahu serahkan kepada suspek, mangsa mendapati suspek telah menghilangkan diri.

“Mangsa juga mendapati beg duit yang diletakkan di atas meja makan di ruang dapur rumahya juga telah tiada,”ujarnya.

PERAK TODAY 5

Kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan sekitar RM1,000.

Hasil siasatan pihak Polis telah berjaya memperolehi kesan cap jari pada penapis air tersebut dan ianya kemudian dihantar ke bahagian cap jari di Bukit Aman untuk dibuat perbandingan.

“Pada 22 September lalu, keputusan cap jari tersebut adalah milik Farid Mohd Yusof yang beralamat di No 54 E, Kampung Padang Jeri, Lenggong Perak.

“Suspek turut mempunyai satu rekod kesalahan lampau dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Inspektor Harris Md Noor atau ASP Md Nasri Fadzir melalui talian Hot-Line 05 – 401 5222 atau boleh menghantar pesanan ringkas ke Rakan Cops 32728 atau balai polis yang berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");