Berita Hari Ini

Program PINTAR PLUS bantu pelajar luar bandar

Kluang: Seramai 4,549 murid dan pelajar dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak bakal menerima manfaat melalui Program PINTAR PLUS bertujuan membantu serta memberi peluang kepada sekolah luar bandar mendapat kemudahan pendidikan seperti sekolah bandar yang berprestasi tinggi.

Program dianjurkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) itu julung kali diadakan membabitkan enam sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Paloh, Johor, Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Bukit Permai, Johor, SMK Ampang Pecah, Selangor, SK Kuang, Selangor, SMK Kota Kuala Muda, Kedah dan SK Sungai Megat Aris, Perak.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, program itu adalah kolaborasi dengan sekolah terpilih melalui PINTAR Foundation sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat bagi membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dan pelajar dalam akademik dan sahsiah diri.

“Pelaksanaannya membabitkan beberapa modul seperti program motivasi, bina semangat, sokongan akademik, membina keupayaan serta sahsiah dan jati diri,” katanya kepada media selepas pelancaran program di SMK Seri Kota Paloh, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Teo Yap Kun, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang A Manaf Muslimin, Pengurus Besar Program Pembangunan PINTAR Foundation Norzalina Masom dan Pengetua SMK Seri Kota Paloh Shaharudin Basri Ibrahim.

Noorizah berkata, semua enam sekolah terbabit menjadi sekolah angkat PLUS selama tiga tahun hingga 2017 dengan sokongan kewangan bernilai RM1juta bagi bagi melaksanakan program PINTAR PLUS berpandukan modul yang disediakan.

“Untuk tahun pertama, PLUS memilih modul sokongan akademik untuk dilaksanakan di sekolah terbabit merangkumi program guru muda, perkampungan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lonjakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), gemilang bersama pendidik cemerlang, restu kasih dan sebagainya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");